Friday 24 January 2014

fikirkan ngantuk...rupenye "hotdog"...

 Jam dah sekitar pukul 3 pagi...mata anak kecilku masih belum mahu lelap. Dalam beratnya mata menahan amukan ngantuk...si kecilku bersuara. Meminta sesuatu yang membuatku tercuit sekali. Pada pendengaranku "ngantuk"...pada pendengaran suamiku "nak atuk"...dua-dua salah. Berulang kali kami bertanya. Si kecilku masih mengulang sebutan yang sama...pelat bahasanya memang kadangkala sukar sangat untuk difahami. Baru berusia 3 tahun.
     "Tunjuk mujahid nak apa." Tukas suamiku dalam pejam matanya.
Anak kecilku bangkit dan menarik lenganku ke pintu bilik. Entah bagaikan kilat yang menyambar...aku teringat sosej yang aku goreng untuknya petang tadi...haa hotdog...aku tersenyum panjang. Geli hati dan tercuit yang amat. Hotdog...dengan air mata yang mengalir tiba-tiba, aku memeluknya. 
     "Terima kasih."
Habis 4 biji sosej. Tak termasuk yang aku suapkan pada petang dan malam sebelum masuk bilik. Alhamdulillah. Ada juga isi perut anak kecilku pada hari tersebut selain susu. Risau benar dia susah nak makan.

No comments:

Post a Comment