Tuesday 15 April 2014

Warkah buatmu yang pernah kupanggil suami

Maafkanku
Kerana tak sempurna
Sering berprasangka dan menurut kata hati
Aku lupa
Di hadapanku
Seorang insan yang bersedih
Yang sedang melawan perasaannya
Aku lupa
Kewajipanku untuk taat dan menyenangkan
Aku lupa
Di hadapanmu aku tak perlu berusaha melindungi diriku seperti biasa
Memendam perasaanku seolah-olah dirimu bukan sesiapa
Aku lupa
Dirimu adalah seorang khalifah dan tempatku bernaung sedih dan gembira
Aku lupa
Di hadapanmu sepatutnya aku tenang dan boleh berbicara seperti biasa
Entah mengapa
Setiap masa aku merasa dirimu terlalu asing sehingga diriku hanyut dengan perasaan yang tak mampu kubezakan baik dan buruk setiap tindakan
Maafkanku
Dengan segala kekurangan diri
Aku memburukkan lagi dengan tingkah yang tak kusengajakan
Aku tak pandai berkata manis
Tak pandai memujuk
Tak pandai menyerikan suasana
Serba-serbi…
Aku kadang mencari di mana kekuatan diriku
Lama juga aku menangisi
Inilah kafarah daripada Ilahi
Hadiah Allah untuk memuliakanku
Mungkin ada sesuatu yang Allah ingin tegur dalam diriku
Yang selama ni tak pernah kusedari…
Terima kasih abang
Hadirmu aku syukuri dan memberi cahaya dalam hidupku
Pergimu juga aku syukuri dan sentiasa memberi cahaya dalam hidupku
Bukan kerana aku gembira dengan kehilanganmu
Tidak sama sekali
Bahkan hatiku hancur
Sakit dan rindu yang berat seperti rindu yang dikau tanggung
Tetapi aku gembira melihat dirimu gembira
Doaku buatmu duhai yang kukasihi
Moga abang dan anak-anak sentiasa berada dalam rahmat Ilahi
Bahagia di dunia
Dan sehingga bertemuNya
Kata-kata ini kalimah terakhir daripadaku
Kerana dirimu tak pernah tahu betapa aku berterima kasih atas segala yang dikau berikan padaku dengan kehadiranmu…
Aku dapat merasakan bahagianya menjadi seorang ibu
Walaupun serba-serbi kelam kabut dan banyak yang kurang
Namun manis untuk kurakamkan dalam perjalnan hidupku
Aku dapat merasakan bahagianya sebagai seorang isteri
Walau dalam keadaan yang banyak kucalari dengan sikapku
Terima kasih kerana memuliakanku
Dan maafkanku atas segala yang sebenarnya tak sengaja dan tak kusedari natijahnya…
Semoga perpisahan ini abang doakan kebaikan yang banyak buat diriku
seperti mana aku sentiasa mendoakan yang sama buatmu
Terima kasih abang

Semoga abang dan anak-anak sentiasa sihat dan baik2 kat sana. Amiin