Wednesday 29 January 2014

Cahaya di hati suami

     Isteri tak suka suami, rasanya tak mengapa kerana hati seorang wanita tu tercipta dengan kelembutannya. Rumahtangga masih boleh bahagia kerana seorang isteri yang solehah itu pasti akan menuruti kehendak suaminya jika di hatinya masih terdetik untuk mendambakan syurga Ilahi. Tetapi...jika suami yang tak mengasihi isterinya...dunia bagai gelap gelita. Di hati seorang isteri, terlalu banyak tanda tanya...ya Allah, adakah aku tak cantik pada pandangannya. Adakah...adakah...semua persoalan tersebut membuat hati wanitanya menjauh. Kerana dia seorang wanita. Sepatutnya perhiasan yang tampak indah di mata suaminya. Kerana dia tahu, keindahan itu menjadi cahaya yang berkilauan di mata hati suaminya. Jika hilang cahaya itu, maka gelap gelitalah sebuah perkahwinan. Apakah masih mampu untuk meneruskan perjalanan dalam kelam... 

Tuesday 28 January 2014

pelukan istimewa daripada mujahidku..

      Ya Allah...bahagianya. Anakku Mujahid memelukku dari belakang ketika aku sedang berdiri...tak pasti aku hendak melakukan apa saat tu. Dia sembamkan wajahnya setakat paras ketinggiannya. Dan tawa besarnya memecah keheningan malam. Allahurobbi... sengaja kubawa anak kecil itu mengelilingi bilik kecil tersebut...dan dia masih memelukku seperti tadi... ya Allah terima kasih... perasaan yang menyusup jauh ke lubuk hatiku saat ini hanya Engkau ya Allah yang tahu...rasa tercuit sangat...setiap kali aku terlelap anak kecilku mencari pelbagai alasan agar aku jaga bersamanya. Sepanjang malam sehingga 3.30 pagi seperti malam tadi...kami lelap bersama-sama. Mujahid...anak kecilku. Umi rindu la pula kat abang...baru tengahari. Ada berapa jam lagi baru dapat jumpa anak comel umi  ni :). Dapat kucup adik pagi tadi alhamdulillah. Pagi tadi terjaga 7.10 pagi. Namun perkara tersebut...yang aku suka benar buat...aku tetap akan buat lewat macam mana pun. Salin pampers mujahidku sayang. Dapat kucup2 anak kecil tersebut sambil salin pampers ketika dia sedang tido...ia detik yang aku ingin abadikan dalam hidupku. Yang kecil tu masih menjauhkan diri daripadaku. Tak mengapa...Rabbku, permudahkan bagiku. Bantulah aku menjadi ibu yang mithali untuk mereka...

Monday 27 January 2014

malam tanpa ayah si kecilku...

     Malam tadi...hati sebak sangat setiap kali anak kecil itu bertanya "Ayah katne?"... Rasa pedih di dada. Berulang-ulang kali. Pertama kali aku habiskan masa bersamanya semalaman. Akhirnya si kecilku lena sekitar 3.30 pagi. Susu 2 kali. Air suam. Dan minyak yu yee kat perut sebab senak... "Nak lagi..." Ulangnya memintaku menyapu perutnya dengan minyak yu yee tersebut. Si kecilku terlena dengan usapan minyak yu yee di perutnya. Sesekali air mataku mengalir. Aku terbayang kesakitan yang dilalui oleh seorang insan yang kupanggil kakak ketika dia perlu berhadapan dengan kesakitan yang sama aku lalui. Lebih kurang sama. Rupa-rupanya anak-anak itu kekuatan yang sangat hebat. Dia...si kecil itu...dia bukan lahir daripada rahimku...namun anehnya dia menjadi sumber kekuatanku...alhamdulillah...berjaga sehingga ke subuh...bergerak ke tempat keje ketika hari masih dengan kelamnya...beratnya mata yang memang terlalu payah ditahan namun masih memandu dalam keadaan mengantuk. Bahaya? Ya...namun jauh di sudut hatiku...jika ajal menjemputku, aku bagaikan bersedia...anak kecil itu...aku gembira mampu melakukan sesuatu sebagai seorang ibu buatnya... malam pertamaku bersama anak sulungku...ya Allah, jdikanlah aku ibu yang mithali untuk anak-anakku... janganlah ya Allah rasa sakit itu menjadikan aku lemah dan putus asa di hadapan mereka... hanya kepadaMu ya Allah aku bertawakkal...

Friday 24 January 2014

fikirkan ngantuk...rupenye "hotdog"...

 Jam dah sekitar pukul 3 pagi...mata anak kecilku masih belum mahu lelap. Dalam beratnya mata menahan amukan ngantuk...si kecilku bersuara. Meminta sesuatu yang membuatku tercuit sekali. Pada pendengaranku "ngantuk"...pada pendengaran suamiku "nak atuk"...dua-dua salah. Berulang kali kami bertanya. Si kecilku masih mengulang sebutan yang sama...pelat bahasanya memang kadangkala sukar sangat untuk difahami. Baru berusia 3 tahun.
     "Tunjuk mujahid nak apa." Tukas suamiku dalam pejam matanya.
Anak kecilku bangkit dan menarik lenganku ke pintu bilik. Entah bagaikan kilat yang menyambar...aku teringat sosej yang aku goreng untuknya petang tadi...haa hotdog...aku tersenyum panjang. Geli hati dan tercuit yang amat. Hotdog...dengan air mata yang mengalir tiba-tiba, aku memeluknya. 
     "Terima kasih."
Habis 4 biji sosej. Tak termasuk yang aku suapkan pada petang dan malam sebelum masuk bilik. Alhamdulillah. Ada juga isi perut anak kecilku pada hari tersebut selain susu. Risau benar dia susah nak makan.

Wednesday 22 January 2014

terima kasih cik mah

menjadi pendengar yang baik itu indah
saban waktu mengajarku
mendamaikanku...
ketika aku mula menyisih
dan menghitamkan yang putih
itu saat ketika aku menutup telinga hatiku
dan lupa menjadi pendengar yang baik itu indah..
lupa menjadi pendengar yang baik itu
mampu membuatku menongkah
hatta arus yang paling deras pun kerana-Nya...

terima kasih...
memberikanku kesempatan menjadi seorang pendengar
pengalaman yang dikau simpan
adalah ilmu yang berharga buatku
sebagai panduan
untukku kemudi kapal layarku
bahtera rumahtanggaku bersamanya...

terima kasih...
tuturmu mengingatkanku kembali
sesuatu yang aku lupa sehingga menyakiti insan yang kukasihi...
menjadi pendengar yang baik...

Monday 6 January 2014

Nazrey Johani - Harapan Pada Mu Subur Kembali



Ya Allah... jadikanlah kasih sayang-Mu segalanya bagiku... Amiin

kolam khusus buatmu daripada ayah dan mama fizura


aku tak mampu berhenti tersenyum bila pandang pic ni
terlalu manis buatku
kenangan yang ingin kuabadikan dalam lipatan hidupku
anak umi...
alhamdulillah

Saturday 4 January 2014

Once In a While... Alhamdulillah

:)
kali ni...
aku ingin muatkan sesuatu buat diriku
dan buat yang sedang membaca post ni
jangan sesekali salah gunakan
ia sekadar senyuman yang ingin kucipta buatmu
bahawa aku pernah merasai saat-saat yang sangat manis
di dunia sementara ni
jadi jangan pernah menangisi pemergianku
satu masa nanti
sisa-sisa hidupku
aku hanya ingin melihatmu sentiasa gembira dengan kehadiranku
dan menghantarku ke 'sana'
dengan doa dan senyuman redha
yang akan memberi istirehat yang khusnul khotimah buatku
ingatlah sentiasa senyumanku
agar tangisan kerinduanmu berhenti
bukankah perpisahan kita sementara sahaja duhai yang kukasihi
ya
dikau yang berkesempatan membaca post ini
aku mengasihimu
kerana kamu semua saudara dan saudariku
kamu kakak
abang
adik
ayah
ibu
dan anak-anakku :)
hadiahkanlah aku walau sebaris ayat yang pendek
dalam doamu...
amiin...

My dearest friend... mamatam. Aku mengenalinya ketika pertama kali mamatam jadi staf EZQ dan sedang mengandungkan Cinta... anak pertama mamatam.
Kak Rin... terima kasih share mi goreng :)
nak blaja buat heart khusus untuk dia :)











Friday 3 January 2014

ketenangan yang kucari...


Kadang-kadang apa yang kita rasa tak mampu diungkapkan dengan perkataan. Setiap kali sesiapa pun melontarkanku dengan pertanyaan yang konkrit bagi mereka...ianya nampak subjektif bagiku. Terlalu khusus jawapan yang mereka inginkan. Padahal yang khusus tersebut takkan pernah membuat mereka memahamiku. Nak tahu kenapa...kerana aku tak pernah reti menyampaikannya dengan khusus. "Sihat tak...", "Apa khabar...", "Nak makan pape tak..." Perkara pertama yang singgah di benakku bukan soalan tersebut...tapi keadaan orang yang melontarkannya. Die dah makan ke. Die sihat ke. Die nak belikan saya makanan tapi die sihat tak... die macam ada hal je. Terlalu rumit bagiku... namun terlalu mudah bagi mereka. Untuk ketenangan yang kucari, cukuplah gambar panorama ini mewakiliku berkata-kata. 









People find their path in the strangest ways...

"Tittle" di atas kupetik daripada ayat majikanku
tiba-tiba sahaja semalam beliau letakkannya 
di laman FB...
baginya mungkin ada makna sendiri
bagiku... ya. 
ia sedang berlaku 
dan banyak membuatku membisu
14hb Ogos seseorang telah pergi bagi seseorang
15hb Ogos keesokannya 
seseorang meninggalkan seseorang
dan mempertemukan dua insan yang tertinggal 
atas nama jodoh
aturan Allah 
yang bagiku merupakan di antara sekian banyak "miracle"
kejutan yang sentiasa Allah berikan 
sepanjang perjalanan hidupku
aku menyaksikan terlalu banyak kasih sayang Allah 
yang datang tiba-tiba
mengubah sesuatu buatku 360'
mungkin Allah ingin mendidikku
mengajarku untuk sentiasa mencari-Nya
walau dalam sebesar zarah yang terdetik di hatiku
dan bila aku terlupa
Dia masih memberi kesempatan agar aku ingat semula
Maha Kuasa Allah
yang mengaturnya dengan penuh hikmah buatku
padanya ya Tuhan
aku mohon pemeliharaan-Mu ke atasku
aku mohon benar ya Allah
agar pertemuanku denganMu
diiringi doa anak-anak, suami dan mereka yang Engkau takdirkan doanya buatku
padaMu ya Allah
aku mohon redha anak-anakku, suami dan redha mereka yang Engkau takdirkan buatku
aku mohon benar ya Allah
jadikanlah aku jenazah yang indah di dunia
dan bidadari di syurga
amiin