Monday 1 July 2019

Ribut dan ombak itu...

Hari ni mak beritahu, melalui corong telefon... Ribut dan ombak yang besar yang kami lalui selama ni berlaku lagi. Atap rumah sebelah tercabut. Mak cakap mujurlah dah pasang tiang baru. Kuat sikit. Mak risau kayu balak je... Risau digulung ombak yang mengganas dan menghempap tiang-tiang rumah. Ribut taufan malam tadi bermula lebih kurang 1 pagi. Dan seawal pukul 2 pagi, dah ramai kejiranan berlari turun ke tepian. Rumah atas air. Ribut dan ombak reda ketika menghampiri subuh mungkin. Hujan mengambil alih tempat ribut taufan. Dan mak beritahu selepas solat subuh, mak dan ayah terkulai lena keletihan berjaga sepanjang malam.

Tanpa sedar, air mata jatuh lagi... Kesian mak. Kesian ayah. Kesian anak-anak saudaraku yang masih melaluinya seperti kami dan nenek mereka...

Tuhanku.. Kasihani ibu ayah serta ahli keluargaku... Peliharalah mereka sentiasa ya Allah agar sentiasa berada dalam redha dan berkahMu. Amin.