Tuesday, 3 December 2013

Senyuman daripada Rabbku




Alhamdulillah…
Rabbku Yang Maha Penyayang
Entah kebaikan apa yang aku lakukan
Sehingga ya Tuhan kasih sayangMu sentiasa menyapu air mataku
Sehingga cintaMu membuat duniaku sentiasa tampak tenang
Walau berkali-kali dihambat dengan kesakitan maha hebat
Janganlah ya Tuhan ia pengganti
Untuk menghapus segala amal kebaikanku
Yang aku tidak pasti entah ada atau tiada
Sehingga yang tersisa adalah kemurkaanMu di akhirat nanti
Halusnya ya Allah kasih sayang
Yang Engkau susupkan jauh ke lubuk hatiku
Sehingga senyuman keredhaan itu mekar di bibirku
Dan aku
hambaMu yang sentiasa melupakanMu
yang sentiasa jauh dariMu
ampunkanlah dosa-dosaku ya Tuhan
benarkanlah aku menjadi hambaMu yang terpilih
yang Engkau sebutkan dalam kalamMu
hamba yang Engkau berikan petunjukMu
agar jauh daripada kesesatan syaitan laknatullah
sediakanlah buatku ya Allah
walau tempat yang kecil cuma
ruang di dalam jannahMu
rahmatMu ya Allah
kebahagiaan abadi…