Wednesday 18 December 2013

hari yang mencuit perasaan...

ada sesuatu berlaku hari ni
tiada apa yang istimewa
namun yang agak mencuit hati
aku suka menduga
apalah yang ada pada "marah"ku
mereka tak mengenali
ia sebenarnya perkataan yang terlintas tiba-tiba di benakku
bukan khusus untuk sesiapa
ya memang tampak strike kepada seseorang :)
sengaja kubiarkan ia memanah
aku cuba berkata-kata
anak-anakku...
satu masa nanti kamu akan mengenali umi
jangan sesekali sayang
kamu pernah menyimpan perasaan kurang senang
kalaupun ada biarkan ia menemanimu tanpa sebarang perasaan yang membebankan
kerana untukmu sayang
umi ingin bisikkan
tak sedikitpun ada ruang untuk membenci
kerana kasih Ilahi terlalu memenuhi
perut bagai ada rama-rama
umi sentiasa gembira sayang
walau dalam tangisan...

No comments:

Post a Comment