Saturday 28 December 2013

jubah berwarna krim dari vietnam untuk 30 Nov 2013

Buatmu, tahniah
pada mulanya rasa kelakar
mencuit perasaan
aku melihatmu tak senang duduk
ia majlis yang memang penuh dengan kejutan dan debaran
jadi ke tak jadi...
aku faham...apa yang terdetik di hatimu ketika itu
hari yang dikau nanti-nantikan
jubah berwarna krim yang ditempah khusus buatmu dari vietnam
namun tiba-tiba terpaksa menanti jawapan
kerana ada sesuatu yang tidak dijangka berlaku tiba-tiba
kejadian yang agak kebudakan :)
namun pasti manis kan untuk kamu kenang
tulisan ini buatmu duhai saudariku...
satu masa nanti
aku akan pergi
dan mungkin aku takkan sempat untuk luahkan
terima kasih kerana memberi aku kesempatan
menyaksikan sebuah majlis pertunangan
yang sering aku lihat di kaca televisyen
aku tak pernah terbayang akan melaluinya bersamamu
ia suasana yang sangat indah pada mataku
mereka meraikanmu duhai saudariku
ingatlah ia sentiasa ketika tangisan menerjahmu
ketika ujian bahtera rumahtanggamu mengusikmu
jadikan ia akar yang kukuh
yang akan sentiasa menjadikan kasihmu terhadapnya
rendang seperti rendangnya dedaunan pohon berakar kukuhmu
dariku buatmu
:)


Majlis pertunangan Haslina + Sophian... damansara 30 Nov 2013 (Sabtu)... 5.30 pm



No comments:

Post a Comment