Tuesday 17 December 2013

bait-bait yang dikau lupakan

kadang jari ni kaku sangat untuk memulakan bicara
walhal hanya pada laman yang bila-bila masa boleh "delete" dan "edit"
tak...
tak sepatutnya seperti itu
setiap bicara 
setiap perkataan
terlalu bermakna
mengapa membiarkannya mengiringi hidup tanpa ada makna dan kesan yang kita harapkan
jari ni
aku ingin ianya menaip sesuatu yang indah
buat setiap insan yang begitu penting dalam kamus hidupku
terutamanya suamiku
ya suamiku.
aku ingin dia tahu setiap saat aku mengasihinya
dia mungkin takkan ada masa untuk membaca
dan mungkin takkan pernah tahu
tetapi percaya tak
akan ada satu masa
cintanya akan mencari 
bait-baitku buatnya
entah bila
namun aku sentiasa percaya
masa itu akan tiba.
bicara bagiku
kadang membuat aku termenung lama
mengapa ia tak begitu penting bagi sesetengah
setiap yang akan berlalu
mengapa mereka tak mahu menjadikannya sentiasa indah
bicara itu akan menyakiti atau disenangi
mengapa tak memilih untuk menjadikannya sesuatu yang sentiasa istimewa
keistimewaan itu
tak inginkah terdetik untuk dirasa
ia perasaan yang terlalu membahagiakan...

No comments:

Post a Comment