Friday 4 October 2013

hilang sekeping baldu yang disulam khusus untukku

entah mengapa
kasih yang kuharapkan datang dalam tangisan
tidak mampu memberi senyuman
aku bersyukur
dalam serba cacat dan cela dalam diriku
masih ada yang mahu memberi sayangnya
namun ya Allah
mengapa aku bersedih
mengapa aku mengharapkan sesuatu yang mustahil
mengapa aku masih berharap ada yang akan mengasihiku kerana diriku
hanya diriku
hanya kerana diriku
terasa bagai baru semalam
aku bagai seorang puteri
suri sekeping hati
dalam debar dada seorang suami
dan sekarang ketika telah pergi
aku bagai menumpang kasih pada sekeping hati yang baru
namun aku tercari-cari
di mana ruang untukku pada sekeping hati tersebut
tak kutemui baldu cinta yang disulam khusus buatku
mujurlah kutemui senyuman dua insan kecil
yang mungkin mampu mengubat hatiku
walau rasa tersisih nanti
alhamdulillah
Allah menganugerahkan ketenangan buatku melalui mata mereka
cukuplah buatku
cukuplah untukku
dalam dunia yang singkat ini...

No comments:

Post a Comment