Thursday 3 October 2013

hanya kerana perkara remeh...

aku pernah merasa terlalu bahagia bersamanya
menganyam impian yang indah bersamanya
berdua dengan segala kepayahan yang kami tanggung bersama...
dan kami bahagia...
di hatinya ada namaku
dan di hatiku ada namanya
dalam kesederhanaan
kami mengecapi segenap yang ada untuk melakar kenangan indah
dalam kepayahan aku menyaksikan keikhlasannya
namun mengapa ya Allah...
hatinya mudah mengalah
hatinya mudah melafazkan sehingga dia lupa natijahnya
dan kini yang tinggal
tangisan yang tak mampu ditelan
terlalu pahit dan menyakitkan
terpaksa melupakan...
walhal tiada apa-apa yang besar menyebabkan
cumalah perkara remeh campurtangan orang luar yang sebenarnya boleh diabaikan
hanya kerana perkara remeh...
hanya kerana perkara kecil yang tidak sepatutnya diperbesarkan
hanya kerana perkara remeh...

No comments:

Post a Comment