Saturday, 30 November 2013

yang terbuku di hatiku

luka apa yang dikau berikan kepadaku
durinya sehingga mengunci bibirku tak terkata
ya aku terasa
maafkan kerana aku terlanjur mengasihimu
dinginmu membuat aku tertanya-tanya
apakah benar aku mengisi ruang hatimu
tingkah dan bicaramu bagai berkata
agar aku jangan sesekali berharap untuk mendapatkan kasihmu
namun mengapa masih menyunting dalam masa yang sama menyakiti
bagai terpedaya dan buta
aku terlupa tangisan yang bakal kuterima kerana melihat tangisanmu
mungkin kerana itu ketentuan Allah
takdir yang tercoret dalam lipatan sejarahku
kini aku kaku
tak tahu ke mana inginku tolehkan wajah
meraih kasih sayang daripada siapa
walhal tempat yang didamba adalah suami yang tercinta