Friday 9 February 2018

Akhirnya...


Akhirnya aku mampu menulis semula setelah sekian lama. Melihat posting yang lama, aku mampu membacanya dengan hati yang lapang. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah untuk semua tangisan dan ujian yang maha hebat... Dengan rahmatMu, aku melaluinya satu persatu. Ketika saat pertama kali Engkau meletakkanku di bawah jagaan seorang insan yang mulia... yang sehingga hari ini dia takkan tahu siapa dia di hati ni... tapi dengannya, begitu banyak memori manis yang telah aku lalui yang akhirnya membuat aku mampu memandang semula kenangan tersebut untuk membuatku senyum melalui ujianMu di sepanjang perjalananku selepasnya...


Aku mampu berdiri lagi sehingga ke hari ini dengan berpaut pada kemanisannya walau aku tahu segalanya dah berubah dan tak pernah ada lagi.

Dengannya aku dapat menangis dalam ketenangan kerana pernah dihargai sedemikian.

Buatnya, terima kasih. Semoga Allah sentiasa memeliharanya dan keluarganya... Sehingga bertemu lagi di akhiratNya dalam keadaan yang baik. Amiin

No comments:

Post a Comment