Isteri tak suka suami, rasanya tak mengapa kerana hati seorang wanita tu tercipta dengan kelembutannya. Rumahtangga masih boleh bahagia kerana seorang isteri yang solehah itu pasti akan menuruti kehendak suaminya jika di hatinya masih terdetik untuk mendambakan syurga Ilahi. Tetapi...jika suami yang tak mengasihi isterinya...dunia bagai gelap gelita. Di hati seorang isteri, terlalu banyak tanda tanya...ya Allah, adakah aku tak cantik pada pandangannya. Adakah...adakah...semua persoalan tersebut membuat hati wanitanya menjauh. Kerana dia seorang wanita. Sepatutnya perhiasan yang tampak indah di mata suaminya. Kerana dia tahu, keindahan itu menjadi cahaya yang berkilauan di mata hati suaminya. Jika hilang cahaya itu, maka gelap gelitalah sebuah perkahwinan. Apakah masih mampu untuk meneruskan perjalanan dalam kelam...
Wednesday, 29 January 2014
Tuesday, 28 January 2014
pelukan istimewa daripada mujahidku..
Ya Allah...bahagianya. Anakku Mujahid memelukku dari belakang ketika aku sedang berdiri...tak pasti aku hendak melakukan apa saat tu. Dia sembamkan wajahnya setakat paras ketinggiannya. Dan tawa besarnya memecah keheningan malam. Allahurobbi... sengaja kubawa anak kecil itu mengelilingi bilik kecil tersebut...dan dia masih memelukku seperti tadi... ya Allah terima kasih... perasaan yang menyusup jauh ke lubuk hatiku saat ini hanya Engkau ya Allah yang tahu...rasa tercuit sangat...setiap kali aku terlelap anak kecilku mencari pelbagai alasan agar aku jaga bersamanya. Sepanjang malam sehingga 3.30 pagi seperti malam tadi...kami lelap bersama-sama. Mujahid...anak kecilku. Umi rindu la pula kat abang...baru tengahari. Ada berapa jam lagi baru dapat jumpa anak comel umi ni :). Dapat kucup adik pagi tadi alhamdulillah. Pagi tadi terjaga 7.10 pagi. Namun perkara tersebut...yang aku suka benar buat...aku tetap akan buat lewat macam mana pun. Salin pampers mujahidku sayang. Dapat kucup2 anak kecil tersebut sambil salin pampers ketika dia sedang tido...ia detik yang aku ingin abadikan dalam hidupku. Yang kecil tu masih menjauhkan diri daripadaku. Tak mengapa...Rabbku, permudahkan bagiku. Bantulah aku menjadi ibu yang mithali untuk mereka...
Monday, 27 January 2014
malam tanpa ayah si kecilku...
Malam tadi...hati sebak sangat setiap kali anak kecil itu bertanya "Ayah katne?"... Rasa pedih di dada. Berulang-ulang kali. Pertama kali aku habiskan masa bersamanya semalaman. Akhirnya si kecilku lena sekitar 3.30 pagi. Susu 2 kali. Air suam. Dan minyak yu yee kat perut sebab senak... "Nak lagi..." Ulangnya memintaku menyapu perutnya dengan minyak yu yee tersebut. Si kecilku terlena dengan usapan minyak yu yee di perutnya. Sesekali air mataku mengalir. Aku terbayang kesakitan yang dilalui oleh seorang insan yang kupanggil kakak ketika dia perlu berhadapan dengan kesakitan yang sama aku lalui. Lebih kurang sama. Rupa-rupanya anak-anak itu kekuatan yang sangat hebat. Dia...si kecil itu...dia bukan lahir daripada rahimku...namun anehnya dia menjadi sumber kekuatanku...alhamdulillah...berjaga sehingga ke subuh...bergerak ke tempat keje ketika hari masih dengan kelamnya...beratnya mata yang memang terlalu payah ditahan namun masih memandu dalam keadaan mengantuk. Bahaya? Ya...namun jauh di sudut hatiku...jika ajal menjemputku, aku bagaikan bersedia...anak kecil itu...aku gembira mampu melakukan sesuatu sebagai seorang ibu buatnya... malam pertamaku bersama anak sulungku...ya Allah, jdikanlah aku ibu yang mithali untuk anak-anakku... janganlah ya Allah rasa sakit itu menjadikan aku lemah dan putus asa di hadapan mereka... hanya kepadaMu ya Allah aku bertawakkal...
Friday, 24 January 2014
fikirkan ngantuk...rupenye "hotdog"...
Jam dah sekitar pukul 3 pagi...mata anak kecilku masih belum mahu lelap. Dalam beratnya mata menahan amukan ngantuk...si kecilku bersuara. Meminta sesuatu yang membuatku tercuit sekali. Pada pendengaranku "ngantuk"...pada pendengaran suamiku "nak atuk"...dua-dua salah. Berulang kali kami bertanya. Si kecilku masih mengulang sebutan yang sama...pelat bahasanya memang kadangkala sukar sangat untuk difahami. Baru berusia 3 tahun.
"Tunjuk mujahid nak apa." Tukas suamiku dalam pejam matanya.
Anak kecilku bangkit dan menarik lenganku ke pintu bilik. Entah bagaikan kilat yang menyambar...aku teringat sosej yang aku goreng untuknya petang tadi...haa hotdog...aku tersenyum panjang. Geli hati dan tercuit yang amat. Hotdog...dengan air mata yang mengalir tiba-tiba, aku memeluknya.
"Terima kasih."
Habis 4 biji sosej. Tak termasuk yang aku suapkan pada petang dan malam sebelum masuk bilik. Alhamdulillah. Ada juga isi perut anak kecilku pada hari tersebut selain susu. Risau benar dia susah nak makan.
Wednesday, 22 January 2014
terima kasih cik mah
menjadi pendengar yang baik itu indah
saban waktu mengajarku
mendamaikanku...
ketika aku mula menyisih
dan menghitamkan yang putih
itu saat ketika aku menutup telinga hatiku
dan lupa menjadi pendengar yang baik itu indah..
lupa menjadi pendengar yang baik itu
mampu membuatku menongkah
hatta arus yang paling deras pun kerana-Nya...
terima kasih...
memberikanku kesempatan menjadi seorang pendengar
pengalaman yang dikau simpan
adalah ilmu yang berharga buatku
sebagai panduan
untukku kemudi kapal layarku
bahtera rumahtanggaku bersamanya...
terima kasih...
tuturmu mengingatkanku kembali
sesuatu yang aku lupa sehingga menyakiti insan yang kukasihi...
menjadi pendengar yang baik...
Monday, 6 January 2014
Nazrey Johani - Harapan Pada Mu Subur Kembali
Ya Allah... jadikanlah kasih sayang-Mu segalanya bagiku... Amiin
kolam khusus buatmu daripada ayah dan mama fizura
aku tak mampu berhenti tersenyum bila pandang pic ni
terlalu manis buatku
kenangan yang ingin kuabadikan dalam lipatan hidupku
anak umi...
alhamdulillah
Subscribe to:
Posts (Atom)
